Analisis Kesalahan Penggunaan Imbuhan
Antara kesalahan tatabahasa yang dapat dikesan dan sering dilakukan oleh murid-murid ialah dalam penggunaan imbuhan. Kesalahan ini sering dilakukan oleh murid-murid ketika mereka hendak membentuk atau membina ayat dengan kata-kata berimbuhan. Seperti yang kita ketahui imbuhan bermaksud bentuk terikat yang ditambah pada sesuatu kata. Selepas membuat penilaian terhadap latihan murid berkaitan penggunaan imbuhan ini, terdapat tiga faktor kesalahan yang dilakukan oleh murid dalam penggunaan imbuhan tersebut. Faktor kesalahan penggunaan imbuhan tersebut ialah:
a.) Murid menggunakan imbuhan yang tidak tepat atau tidak sesuai pada tempatnya.
Contoh :
Penjenayah itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun supaya dia
tidak berlaku jenayah lagi. (salah)
Penjenayah itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun supaya dia
tidak melakukan jenayah lagi. (betul)
b.) Murid menggunakan imbuhan pada kata atau tempat yang tidak sepatutnya menerima
imbuhan.
Contoh :
Pokok kelapa itu melambai-lambai apabila ditiupi angin. (salah)
Pokok kelapa itu melambai-lambai apabila ditiup angin. (betul)
c.) Murid menggunakan imbuhan di tempat yang tidak perlu diletakkan imbuhan.
Contoh :
Dahulu saya tinggal di Alor Setar, tetapi sekarang saya meninggal di Kuala
Kangsar. (salah)
Dahulu saya tinggal di Alor Setar, tetapi sekarang saya tinggal di Kuala
Kangsar. (betul)
Analisis Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk
Seterusnya kesalahan tatabahasa yang dikesan oleh murid semasa di dalam kelas ialah kesalahan semasa menggunakan kata majmuk. Proses pemajmukan kata berlaku apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan. Kata majmuk ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kata majmuk bebas iaitu dieja secara berasingan contohnya seperti kereta api, alat tulis manakala kata majmuk mantap pula dieja secara serangkai contohnya warganegara, olahraga dan lain-lain lagi.Terdapat tiga kesalahan yang dapat dilihat semasa murid menggunakan kata majmuk ini. Antara kesalahan tersebut ialah :
a.) Murid tidak dapat membezakan antara kata majmuk yang ditulis serangkai dengan kata majmuk yang tidak ditulis secara berasingan.
Contoh 1:
Pemandangan di sekitar bandaraya Ipoh sangat indah. (salah)
Pemandangan di sekitar Bandar raya Ipoh sangat indah. (betul)
Contoh 2 :
Encik Ahmad ialah warganegara Malaysia. (salah)
Encik Ahmad ialah warga negara Malaysia. (betul)
b.) Murid menggadakan keseluruhan kata majmuk atau mengulang kata nama kedua dengan menggadakan perkataan kedua.
Contoh :
Kapal terbang-kapal terbang itu sedang membuat pertunjukkan di udara.(salah)
Kapal-kapal terbang itu sedang membuat pertunjukkan di udara. (betul)
· Dalam penggandaan kata majmuk, perkataan pertama sahaja yang digandakan manakala perkataan kedua dibiarkan kekal.
c.) Murid mengasingkan kata majmuk yang menerima imbuhan apitan.
Contoh :
Usaha kerajaan untuk menyatu padukan rakyat di negara kita dianggap telah
berjaya. (salah)
Usaha kerajaan untuk menyatu padukan rakyat di negara kita dianggap telah
berjaya. (betul)
· Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan hendaklah ditulis serangkai.
Analisis Kesalahan Penggunaan Kata Sendi
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1997), kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, hingga, tentang dan lain-lain lagi.Kesalahan penggunaan kata sendi ini yang sering dilakukan oleh murid di dalam kelas terbahagi kepada beberapa jenis kesalahan seperti:
a.) Kesalahan penggunaan kata sendi ‘di’. Di sini apa yang dapat dilihat, murid-murid di dalam kelas terkeliru dengan penggunaan kata sendi ‘di’ dan imbuhan ‘di’.
Contoh 1:
Bola itu di sepak dengan kuat oleh abang. (salah)
sepatutnya
Bola itu disepak dengan kuat oleh abang. (betul)
Contoh 2:
Datuk dan nenek saya tinggal dikampung. (salah)
sepatutnya
Datuk dan nenek saya tinggal di kampung. (betul)
b.) Kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘akan’. Apa yang dapat diperhatikan murid-murid di dalam kelas terdorong untuk menulis kata sendi akan dengan singkatan ‘kan’.
Contoh:
Puan Siti sangat rindukan anaknya yang tinggal di asrama.(salah)
Puan Siti sangat rindu akan anaknya yang tinggal di asrama.(betul)
· Penggunaan singkatan “kan”hanya sesuai digunakan dalam bahasa lisan dan tidak pada bahasa tulisan.
c.) Kesalahan penggunaan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’. Melalui kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’, murid sering terkeliru antara penggunaan dari dan daripada. Seperti yang kita ketahui kata sendi dari digunakan untuk menunjukkan arah sesuatu tempat dan masa manakala daripada pula menunjukkan punca sesuatu perkara.
Contoh 1:
Saya berasal daripada Kuala Kangsar. (salah)
sepatutnya
Saya berasal dari Kuala Kangsar. (betul)
Contoh 2:
Sarung tangan itu diperbuat dari susu getah.(salah)
sepatutnya
Sarung tangan itu diperbuat daripada susu getah (betul)
Contoh 3:
Program motivasi itu diadakan daripada pukul lapan pagi hingga lima petang (salah)