27 May
TEKNIK MENULIS KARANGAN

TEKNIK MENULIS KARANGAN 



ISU PENTING

Contoh:

Faedah-faedah menyertai aktiviti kokurikulum

1. Aktiviti kokurikulum sangat penting kepada murid di negara kita.

2. Hal ini demikian kerana aktiviti ini dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. Contohnya, aktiviti perkhemahan, kawad kaki, sukan dan lain-lain.

4. Persoalannya, adakah aktiviti kokurikulum masih disertai oleh murid di sekolah.

5. Terdapat banyak kepentingan yang kita peroleh apabila hidup berjiran.




ISU NEGATIF


Contoh:

Sebab-sebab pengabaian warga tua

1. Pengabaian terhadap warga tua sering berlaku kepada masyarakat di negara kita.

2.Setiap hari ada sahaja berita tentang kes pengabaian warga tua yang dilaporkan oleh media masa.

3. Sebagai contoh, anak-anak muda sekarang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan orang-orang tau kerana tiada masa untuk menjaga mereka.

4. Persoalannya, mengapakah anak-anak zaman sekarang sanggup melakukan sedemikian terhadap orang taunya sedangkan mereka sangat berjasa pada masa dahulu.

5. Terdapat banyak sebab yang menjadi punca berlakunya kes pengabaian warga tua di nagara kita.




PUNCA/ SEBAB/ FAKTOR

Contoh:

Sebab-sebab pengabaian warga tua

1Salah satu faktor warga tua diabaikan disebabkan oleh anak-anak sekarang sibuk dengan kerjayanya.

2. Hal ini kerana, mereka mengutamakan kerja daripada ibu bapa.

3. Sebagai contoh anak-anak yang bekerja sering pulang lewat ke rumah sehingga lewat malam dan mereka tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapa mereka, bak peribahasa bagai kacang lupakan kulit.

4. Kesannya ibu bapa mereka berasa diri mereka diabaikan dan tidak disayangi serta tidak dihormati oleh anak-anaknya.

5. Jelaslah bahawa, punca pengabaian warga tua disebabkan oleh pengabaian anak-anak yang sibuk bekerja.




FAEDAH/ KEPENTINGAN/ KEBAIKAN MANFAAT


Contoh:

Kepentingan aktiviti kokurikulum

1. Salah satu kepentingan aktiviti kokurikulum ialah kita dapat mendisiplinkan diri.

2. Hal ini demikian kerana aktiviti ini dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin dari segi jasmani, emosi dan intelek.

3. Sebagai contoh pelajar boleh menyertai pertandingan kawad kaki dengan mengikuti arahan yang diberikan oleh ketua komanden dan sentiasa berdisiplin dengan masa dan pakaian yang ditetapkan.

4. Kesannya, aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak.

5. Jelaslah bahawa, aktiviti kokurikulum sangat diperlukan oleh pelajar untuk mendisiplinkan diri.








Komen
* E-mel tidak akan disiarkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING