27 May
KAEDAH PENULISAN ISI



TEKNIK IMBaKUP


I = Isi (apa) - (1 ayat)
M = Mengapa - (3 - 4 ayat)
Ba = Bagaimana (contoh) - (2 - 3 ayat)
K = Kesan contoh yang menyokong isi - ( 2 - 3 ayat)
P = Penegas (1 ayat)

CONTOH TEKNIK IMBaKUP

TAJUK: Peranan ibu bapa untuk menangani gejala sosial

Isi:
 - memberikan didikan agama

Mengapa: 
1. menjadi benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi
2. panduan hidup yang berkesan daripada terjerumus ke lembah kehinaan
3. dapat membezakan permata dengan batu kelikir

Bagaimana:   
1. mendidik sejak kecil lagi amal makruf nahi mungkar - melentur buluh biar dari rebungnya2. memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat - solat itu tiang agama - mampu mencegah kemungkaran

Kesan: 
1. takut balasan Tuhan - tidak terlibat dalam gejala sosial
2. dapat melahirkan modal insan yang beriman dan berakhlak mulia

Ungkapan Menarik:
Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.”

 Penegas: 
Didikan agama yang mantap merupakan elemen /wahana/wadah yang berkesan untuk mengekang gejala sosial daripada meruncing.

Contoh perenggan isi yang lengkap

          Peranan ibu bapa yang signifikan untuk menangani gejala sosial pada hari ini ialah ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana agama merupakan benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Dengan adanya didikan agama juga anak-anak dapat membezakan permata dengan batu kelikir kerana mereka telah menjadikan agama sebagai panduan hidup yang paling afdal daripada terjerumus ke lembah kehinaan seperti vandalisme, gengsterisme, merempit, ponteng sekolah dan sebagainya. Tanpa agama, kehidupan seseorang itu akan menjadi terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, mereka akan sentiasa melakukan amal makruf nahi mungkar. Bukan itu sahaja, ibu bapa bapa haruslah memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama yang mampu mencegah kemungkaran. Sebagai kesan, anak-anak yang memiliki didikan agama yang mantap akan berasa takut akan balasan Tuhan lalu tidak terlibat dalam gejala sosial yang akan merosakkan masa depan mereka. Secara implisitnya, usaha kerajaan untuk modal insan yang beriman dan berakhlak mulia dapat dilahirkan serta gejala sosial dapat ditangani. Benarlah kata Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.” Izharlah bahawa didikan agama yang mantap merupakan antara wahana yang berkesan untuk mengekang gejala sosial daripada meruncing.

PENANDA WACANA ISI DAN PERKEMBANGANNYA

1.     Isi pertama:-        
 - Salah satu langkah yang signifikan ialah ...
- Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah

2.      Isi yang seterusnya:-          
-Selain itu,
-Jika kita lihat / tinjau / kaji dari sudut / dimensi / perspektif yang berbeza, …
- Seperkara lagi,
- Pada masa yang sama,
- Meninjau dari skop yang lebih luas,
- Dari kaca mata yang lain,
- Di samping itu,
-Sementara itu,
-Lebih-lebih lagi,
-Seperkara lagi,

3. Penanda wacana MENGAPA
- Hal ini dikatakan / berlaku demikian kerana
- Hal ini berlaku / terjadi kerana
-Hal ini disebabkan oleh
- Hal ini wujud akibat daripada
-Hal ini bersangkut-paut dengan
-Hal ini berpunca daripada
-Hal ini tercetus apabila
-Hal ini timbul apabila
-Dalam konteks / hal ini


* * * ‘Hal’ boleh ditukarkan kepada senario / situasi / kemelut / masalah / fenomena

4.      Penanda wacana CONTOH:
-Tamsilnya,
-Buktinya,
-Hal ini dapat kita lihat
-Misalannya,
-Contohnya / Sebagai contoh,
-Misalnya,
-Biar kita lihat/ Biar kita ambil contoh
-Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
-Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

5.      Penanda wacana KESAN CONTOH
-Sehubungan dengan itu,
-Ekoran daripada peristiwa / isu itu,
-Rentetan daripada hal itu,
-Lanjutan daripada ....,
-Implikasinya / impaknya,
-Kesannya,
-Natijahnya,... (kesan negatif sahaja)

6.      Penanda memulakan atau memasukkan PERIBAHASA
-bak / persis kata peribahasa, .......
-bak / persis kata peribahasa Melayu, ............
-bak / persis kata orang tua-tua, ...........
-bak / persis kata mutiara, .........
-bak / persis kata peribahasa, ............
-bak / persis kata cendekiawan, .............
-Hal ini sama dengan peribahasa ..........
-Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
-Fenomena ini dikatakan
-Masalah ini sama dengan peribahasa ...........

7.      Penanda wacana PENEGAS:
-Ringkasnya
-Tegasnya,
- Izharlah bahawa
- Sesungguhnya,
- Pendek kata,
- Jadi,
- Oleh itu,

Komen
* E-mel tidak akan disiarkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING